Friday 11 September 2015

MALAYSIA UNDER CONSPIRACY
BERSIH 4.0, UMNO, Pakatan Rakyat dan halatuju PAS

INTRO
Apa yang dicoret di sini adalah berdasarkan pendangan saya yang banyak berdasarkan dari pemerhatian, pembacaan, pendangan dari pelbagai lapisan masyarakat dan penaakulan berdasarkan hasil dapatan dari sumber-sumber tersebut. Jika ada kekhilafan dalam penaakulan saya, sila betulkan saya.

Saban hari kita dihidangkan dengan berita2 kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan semasa pimpinan UMNO. Dan disebabkan kepincangan yang semakin membarah, maka semangat anarki terutama dikalangan anak-anak muda mula membara. Pelbagai cara digunakan oleh pihak2 untuk 'menyedarkan' pemimpin2 ini dari mimpi mereka namun seperti yang kita lihat, pihak2 ini hanya memekakkan telinga dan membutakan mata di atas kegagalan mereka dan masih memerintah negara walaupon dipalit noda dan hina.

Namun disebalik kekaraman bahtera UMNO yang kita lihat saban hari saban tenggelam, Pakatan Rakyat juga mengalami perpecahan dan dari perpecahan tersebut lahirlah satu lagi parti baru untuk 'menyambung' kesatuan PR yang dilihat mereka penting bagi menguasai Putrajaya dari cengkaman Umno dan PAS dikatakan tidak relevan lagi untuk berjuang dikalangan mereka.

Dan di sebalik kemelut yang melanda di dalam PR, BERSIH 4.0 tetap dijalankan walaupun tanpa pengelibatan dari pihak PAS dan ahli2nya. Maka dilihat dari sini, peratus kewujudan melayu di dalam himpunan tersebut didapati jauh berkurangan dari penganjuran BERSIH2 yang terdahulu. Adakah BERSIH sudah tidak relevan?

BERSIH 4.0
Banyak pendapat yang dilontarkan oleh pelbagai lapisan masyarakat berkenaan dengan penganjuran BERSIH 2.0 namun apa yang difahamkan adalah pengajuran Bersih adalah untuk menyuarakan pendirian dan pendirian rakyat berkenaan dengan kepincangan yang dialami oleh pentadbiran kerajaan semaasa dan tuntutan mereka sebagai rakyat yang hidup di bumi Malaysia yang bertuah ini. Namun selepas BERSIH 4.0 selamat dijalankan, timbul pelbagai persoalan di benak pemikiran saya. 

Yang pertama, berkenaan dengan tarikh penganjuran yang diadakah betul2 sebelum sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 di Dataran Merdeka. Kenapa tarikh tersebut dipilih sedangkan banyak tarikh2 lain yang lebih sesuai? Dalam 365 hari setahun, kenapa hari tersebut dipilih?

Yang kedua, kenapa di dalam penganjuran Bersih 4.0, susasananya sungguh aman, tiada lari sana lari sini, tiada tembakan meriam air, tiada provokasi melampaudan sebagainya? Adakah pihak penganjur BERSIH 4.0 sangat mantap hingga Bersih kali ini mampu berjalan tanpa sekatan yang melampaui batas sepertimana BERSIH2 yang terdahulu? Ataupon adakah Najib sudah mangli dengan himpunan2 seperti ini dan memilih untuk buat dono sama mereka2 ini?Ataupun disebabkan populasi Melayu yang kurang di dalam himpunan ini?

PENGUASAAN DAP KE-ATAS UMNO
Pernah kah anda mendengar pendapat atau lebih kepada rungutan ramai saudara2 Melayu kita berkenaaan dengan isu dimana bila Melayu buat apa2, mesti kena teruk, Melayu meniaga tepi jalan, mesti kena bungkus, Melayu kena blasah, melayu salah tapi bila Cina buat apa2, xde tindakan? Xde sapa berani bising2? kalau di Pulau Pinang, mungkin kejadian ini biasa namun terjadi jugak di serata tempat hatta di kawasan jajahan UMNO yang terkenal dengan kepahlawanan mereka mempertahankan hak2 Melayu. Kenape itu berlaku? Adakah MCA dan Gerakan begitu kuat mempertahankan bangsa Cina sampai UMNO tak berana angkat kepala? Masih berfungsi ke MCA dan Gerakan? Atau, DAP sudah mem'beli menteri2 UMNO hingga mereka terpaksa berdiam diri jika ada sahaja pergerakkan dikalangan bangsa cina. Tapi kalau Melayu ramai je dalam berdemo, keluar semua pahlawan2, FRU, Polis, kejor sana kejor sini. sebab, demo Melayu. Yang negejor tu pon Melayu jugak. Syok main aci ligan bangkali. 

Does that explains why kerajaan jaga sangat bangsa cina despite of how sad we heard about how chinese had to go through all the hardship in order to obtain their rights in Malaysia. Well, aku xnak sentuh apa2 berkaitan harta2 cina ni sebab itu hasil usaha depa dan kekuatan hubungan mereka sebagai kaum cina yang saling tolong menolong dikalangan mereka. Bukan mcm Melayu, kalo kawan naik sket, dengki, terus santau sana santau sini.Nak maju macamana Melayu ni?

I'm not being racist and I tried to and what i want the readers to understand is that we are talking about political situation and not focusing on racial aspects.

PENDIRIAN DAN HALATUJU PAS.
Sekarang, sepertimana kita ketahui, PAS telahpun memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dan berkemungkinan untuk bergerak secara SOLO diatas bahteranya sendiri. Selfish? No, I don't think so. Why? Sebab DAP yang memutuskan hubungannya dengan PAS terlebih dahulu. Semua kerana PAS berusaha melaksanakan hudud di Kelantan dan DAP menentang pelaksanaan tersebut. Bila PAS  nak buat jugak, DAP merajuk xnak cakap dengan PAS, Apa kes? Buat di Kelantan dan bukan di Pulau Pinang. Kalau x setuju xpa la, ni dah MENENTANG HUDUD. Jadi bila dah DAP putuskan hubungan, PAS nak tunggu apa lagi? Takkan nak sembah kaki DAP nak mintak masuk balik pakatan dengan cara membatalkan HUDUD? Tidak sama sekali. Tidak!

Bila putus hubungan tanpa bahas, maka timbul perbalahan di kalangan ahli2 tertinggi PAS. Ada yang menyokong, dan ada yang menentang. Dan kemuncak perbalahan itu ialah keluarnya beberapa ahli2 PAS yang kebanyakkannya dikalangan professional setelah kalah di dalam undian sewaktu muktamar yang yang berlaku baru2 ini. Ramai yang menghina dan mencaci TGHH disebabkan pendirian beliau berkenaaan dengan pendirian beliau berkenaan dengan DAP dan pendapat beliau yang didapati lebih pro kepada kerajaan. Ramai yang sanggup memakihamun TGHH walaupun sembahyang mereka masih x cukup dan zikir mungkin paling banyak pun time wirid sembahyang fardhu. Tahjud jauh sekali. Tu pun ada hati nak kata TGHH teruk just because dia buat statement yang agak favor pada Najib Razak. Mana dia kematangan pemikiran puak2 professional yang kononnya mengaji tinggi2?Atas dasar apakah TGHH dihina dan dicaci? Atas dasar ilmunya? Atas dasar pendirian politiknya?

Bila Mat Sabu keluar dari PAS untuk tubuh GHB dan kini PArti Pekerja Malaysia, maka timbul persoalan baru di fikiran, atas dasar apa penubuhan parti tersebut? Menegakkan ISlam di bumi Malaysia? Menyabung perjuangan arwah Fadhil Nor? Bulshit itu semua. Khalid al-Walid walaupun diturunkan pangkat dari general perang yang digeruni ramai ke prebet biasa oleh Khalifah Umar al-Khatab pun masih setia dengan perjuangan Islam walaupun berdiri sama rata dengan askar2 tidak berpangkat. Awat susah sangat ka Khalid Samad nak kekal dalam PAS untuk berjuang dan memberi pendapat di dalam parti itu? Mu nak tegak ISlam di bumi Mlaysia ka mu nak menang Putrajaya? Awat satu hari kalau mu menang Putrajaya pon, agak2 DAP kesayanganmu nak redha ka dengan pelaksaan HUDUD di Malaysia? Ayat, "ala, kena menang dulu Putrajaya, lepas menang baru pikir pasal hudud" tu semua poyo. Kenapa memilih untuk bersekongkol dengan Kafir Harbi yang terang2 menentang Hudud daripada menerima Umno?

Dan telah banyak kali aku tulis berkenaan dengan parti sebagai wadah dan bukannya dogma.Kenapa perlu marah pada UMNO sampai kalau boleh nak hancurkan UMNO terus hingga berkecai? Tahukah anda, UMNO ialah bahtera besar umat Melayu, dan sekiranya Umno karam, agak2 bahtera mana yang kedua memperjuangkan Melayu? DAP? PKR? PPR? Berapa kerat Melayu dalam PKR dan PPR? Kalau di bandar, anda mungkin rasa PPR dan PKR ni kuat dan ramai penyokong. Tapi besar mana ja KL tu. Besar mana ja Selangor tu. Pernah tertanya2 penyokong PAS ramai tara mana kalau di luar bandar? Brapa ramai orang luar bandar akan sokong PKR dan PPR?

Dan apabila PAS memilih untuk memutuskan hubungan dengan DAP, ramai ahli2 baru mula yakin untuk masuk PAS dan memilih untuk berjuang dibawahnya. Even yang sebelum ni orang kuat Umno pun dah beralih arah masuk PAS. Adakah PAS masih tidak releven? Adakah PAS akan lemah tanpa DAP dan Pakatan Rakyat? Tidak! 

KONKLUSI
BAHTERA UMNO semakin lama semakin karam dan itu yang dinanti2kan oleh DAP selama ini. Dan ideologi itulah yang saban hari dipropagandakan oleh DAP keatas ahli2 Pakatan Rakyat sampai dengar dan tengok UMNO pon membuatkan mereka menjadi seperti zombie yang gilakan otak. Sekarang, dengan kekaraman bahtera umno, hanya tinggal satu bahtera yang akan mempertahankan Melayu dan Islam di bumi Malaysia ni. PAS. PKR dan PPR tidak mampu malah tidak akan mampu untuk menarik undi bangsa Melayu dan x mustahil satu hari nanti DAP akan buang mereka2 ini disebabkan kegagalan mereka menarik undi majoriti bangsa Melayu seterusnya menggagalkan DAP memerintah negara. DAP mmg xkan gentar dengan UMNO kerana UMNO sudah berjaya ditundukkan. HAnya PAS sahaja yang menjadi ancaman kepada perancangan mereka sekarang,

Parti PAS berdepan dengan cabaran yang hebat. Bukan sekadar berdepan dengan UMNO, malah sekarang DAP dan seluruh Pakatan Rakyat. Namun sejak keluarnya Mat Sabu dan konco2nya, alhmadulillah, ahli2 PAS semakin yakin dan istiqamah. Tiada lagi barah di dalam parti yang meracuni pemikiran ahli2nya. "Biarkan si Luncai dengan labu2nya". Kata2 ini pernah dilontarkna oleh Mat Sabu dan hari ini, beliau terpalit dengan ludahnya sendiri. Biar PAS kuat dengan kudratnya kerana satu hari x mustahil PAS menjadi tembok pertahanan terakhir bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

P/s: Sapa kata PAS pro UMNO? Bukalah mata anda. Agak2 DAP xde buat apa2 sama kerajaan UMNO? Agak2 banyak tanah JOHOR tergadai sama SIngapore tu keje MCA ka? Xnak try kaji kaitan LGE dengan PM singapore? Dan agak2 parti mana menerima sumbangan dana yang terbanyak? UMNO? daaaak. Umno sumbang masuk poket. So sapa yang dah bersekongkol dengan umno selama ni? Pasaipa Mahathir senang2 bole join bersih padahal dulu sebut pembangkang pun alergic. Dan perasan dak kenapa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 tahun ni disambut dengan MERIAH sekali? Ntah la, drama apakah yang akan berlaku lepas ni?Makin pikir, makin banyak persoalan yang timbul.